Berita Utama

Lagi 221,706 individu terima vaksin COVID-19 setakat semalam

Peratusan populasi terima suntikan dos pertama kini capai 11.7 peratus

BANGI, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Seramai 221,706 individu telah selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini kepada 5,330,654 orang.

Berdasarkan laporan harian pemberian dos vaksin bertarikh 17 Jun, seramai 177,876 individu telah menerima dos pertama, dan 43,830 lagi sudah melengkapkan kedua-dua dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), keseluruhan individu yang kini telah melengkapkan dos kedua setakat semalam adalah 1,520,583 orang.

Manakala, peratusan populasi yang menerima suntikan dos pertama juga kini mencapai 11.7 peratus.

Sehingga kini, Selangor kekal mendahului sebagai penerima tertinggi vaksin dengan 580,341 individu bagi dos pertama, dan 195,315 sudah melengkapkan dos kedua.

Mengikut perancangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu membabitkan 500,000 kakitangan barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

Manakala, fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hinga Februari 2022 membabitkan individu 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta atau lebih.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button