Berita Utama

Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental jemaah haji

'Saya akan berbincang dari hati ke hati tentang penangguhan haji'

KUALA LUMPUR, 7 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan khas secara maya dengan bakal jemaah haji yang terlepas peluang menunaikan ibadah itu pada tahun ini, melalui program Lambaian Rindu Baitullah, Isnin depan.

Ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, Zulkifli berkata program dengan kerjasama Lembaga Tabung Haji (TH) itu akan memfokuskan pada emosi dan mental bakal jemaah haji terlibat selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.

“Dalam pertemuan itu, saya akan berbincang dari hati ke hati dengan bakal jemaah haji tentang penangguhan haji yang telah masuk tahun kedua ini. Hal ini penting bagi memberikan semangat kepada bakal jemaah haji.

“Pertemuan secara maya akan diselaraskan oleh TH di seluruh negara dan akan disertai jemaah yang pernah mengikuti kursus haji dalam talian sebelum ini,” katanya.

Pada 12 Jun lepas, Malaysia menyatakan akur dengan keputusan Arab Saudi yang hanya membenarkan ibadah itu dilaksanakan oleh warganegara dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button