Berita Utama

Baik tutup semua kilang dari laksana PKPD di Kuala Muda

'Tapi kena pastikan jangan paksa bekerja secara diam-diam'

BANGI, 8 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Adalah lebih baik sekiranya kebenaran operasi semua kilang di kawasan industri daerah Kuala Muda ditarik balik dan ditutup, berbanding menggesa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan.

Pemerhati politik, Mohd Luttfi Abd Khalid berkata, langkah itu lebih wajar berbanding gesaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min supaya Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksana PKPD di daerah berkenaan bagi mengurangkan jumlah kes jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, Simon boleh menggunakan langkah berkenaan dan turut mengajak wakil-wakil rakyat lain untuk melakukan gesaan sama.

“Tak lama YB, cuma dua minggu sahaja. Ahli Lembaga Pengarah semua tak akan bankrap pun.

“Tetapi, kena pastikan dahulu pengurusan kilang tidak abaikan kebajikan para pekerja mereka, atau potong gaji atau paksa bekerja secara diam-diam dan tidak mengeksploitasi pekerja asing di kilang masing-masing dalam tempoh itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas gesaan Simon yang meminta MKN melaksanakan PKPD di Daerah Kuala Muda.

Katanya, PKPD selama dua minggu itu perlu dilaksanakan dengan menghentikan operasi kilang dan hanya sektor yang betul ‘essential’ sahaja dibenarkan beroperasi berikutan situasi kritikal di daerah berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button