Berita UtamaDunia

Pertahan Rasulullah ﷺ, Zionis tembak wartawan, kanak-kanak Palestin

Penduduk haram Yahudi hina Rasulullah ﷺ ketika perarakan

BAITULMAQDIS, 8 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Polis negara penjajah Israel bertindak kejam apabila menembak dua wartawan dan seorang kanak-kanak ketika bantahan di Masjid al-Aqsa, semalam.

Bantahan dilakukan oleh penduduk Palestin itu susulan tindakan biadab penduduk haram Yahudi yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad ﷺ ketika perarakan di Baitulmaqdis Timur pada Selasa lalu.

Ketika kejadian, polis penjajah masuk ke perkarangan masjid dan bertindak ganas ke atas penduduk Palestin yang melakukan bantahan.

Anggota polis penjajah melepaskan tembakan peluru besi bersalut getah serta mencederakan wartawan Middle East Eye (MEE) Latifeh Abdelatif, penyumbang MEE Sondus Eweis serta seorang kanak-kanak.

Dalam kejadian sama, kira-kira dua penduduk Palestin ditahan polis penjajah di tempat suci itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button