Pendapat

Apakah tiada lantikan politik di Universiti Awam ketika PH memerintah?

Boleh kata hampir habis semua pengurusan tertinggi pengajian tinggi diganti pro-PH

JANGAN gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan yang diteropong

Pemimpin Melayu ultra kiasu berkata, sekurang-kurangnya 13 individu daripada parti komponen Perikatan Nasional (PN) telah dilantik memegang jawatan di lembaga pengarah atau lembaga gabenor universiti awam (LPU), berdasarkan carian di laman web universiti.

Pada hemat saya, itu perkara biasa apabila berlaku pertukaran pimpinan kerajaan.

Justeru, tak payah bersusah payah membuat carian. Banyak lagi kerja wakil rakyat yang lebih bermanfaat.

Saya nak tanya balik kepada pemimpin ultra kiasu ini, cuba buat carian sama siapakah yang dilantik oleh bekas Menteri Pendidikan mereka selama 22 bukan PH memerintah?

Bukan sahaja Ahli Lembaga Pengarah Universiti, tetapi juga Pengurusan tertinggi Pengajian Tinggi, Naib-Naib Canselor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor di seluruh Universiti Awam, diisi oleh geng-geng yang pro-PH, tidak kurang pula daripada kalangan pemimpin politik.

Itu pun lantikan PH cukup bernasib nasib kerana terus dikekalkan oleh PN sehingga kontraknya tamat.

Sehingga kini, masih ada lagi saki baki lantikan PH yang masih kekal walaupun sudah lebih 22 bulan PN memerintah.

PN mengambil pendekatan yang cukup berhemah, iaitu don’t rock the boat katanya. Itu pun ultra kiasu masih tidak bersyukur.

Bandingkan ketika PH memerintah, boleh dikatakan hampir habis semua pengurusan tertinggi pengajian tinggi, digantikan dengan orang-orang pro PH. Ini baharu 13, dah bising.

Paling sadis, belum pun kontrak tamat, diganti dengan orang mereka, hanya kerana lantikan sebelum ini dibuat oleh pimpinan kerajaan sebelum itu (BN).

Jangan mengata dulang paku serpih, mengata orang sendiri yang lebih.

Jangan gajah depan mata buat-buat tak nampak, kuman sebarang lautan bukan main diteropongnya.

Saya mahu ingatkan YB ultra kiasu ini, masih banyak lagi kerja-kerja utama wakil rakyat yang terutama ketika wabak ini.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button