Berita Utama

Jangan sesekali jalin hubungan dengan Israel

Adakah ingin berjabat tangan dengan penjenayah bunuh saudara seagamamu?

BANGI, 9 Zulkaedah 1442H, Ahad – Tindakan negara haram Israel mahu menjalin hubungan dengan negara majoriti muslim di Asia Tenggara – Malaysia, Indonesia dan Brunei membimbangkan ramai pihak.

Perkara itu turut diluahkan Pengerusi Yayasan Ikhlas, Prof Zainur Rashid Zainuddin yang menyeru supaya ketiga-tiga negara menolak hubungan normalisasi dengan pengganas Israel.

“Adakah anda ingin berjabat tangan dengan penjajah, penjenayah dan pembunuh saudara seagamamu sendiri?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, agensi berita Reuters melaporkan, Israel berusaha menjalin hubungan dengan negara-negara majoriti muslim di Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Sebelum ini, ketiga-tiga negara Islam Asia Tenggara itu mengutuk keras serangan udara Israel ke atas Gaza bulan lalu sehingga menyebabkan lebih 250 penduduk Palestin maut.

Indonesia, Malaysia dan Brunei sebelum ini telah mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk masuk campur dan menghentikan ‘kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin’.

Ketiga-tiga negara itu tidak mempunyai hubungan formal dengan Israel dan telah
berulang kali meminta penghentian penjajahan Israel di wilayah Palestin serta bergerak ke arah penyelesaian dua negara berdasarkan perbatasan sebelum perang Timur Tengah 1967.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button