Berita UtamaDunia

Israel haram import alat ganti peranti perubatan di Gaza

Penting dalam mendiagnosis penyakit, rawat pesakit

GAZA, 28 Jamadilakhir 1443H, Isnin – Pusat Hak Asasi Manusia Palestin (PCHR) memberi amaran mengenai kesan larangan negara pengganas Israel terhadap peralatan perubatan dan alat ganti yang dibawa ke Semenanjung Gaza yang dikepung.

Tegasnya, larangan Israel merupakan pelanggaran Artikel 55 dan 56 Konvensyen Geneva Keempat.

“Disahkan bahawa pihak berkuasa pendudukan Israel telah mengharamkan import peranti perubatan baharu yang diperlukan untuk perkhidmatan radiologi di hospital Semenanjung Gaza selama sepuluh bulan.

“Pihak berkuasa Israel juga mengharamkan import alat ganti yang diperlukan untuk penyelenggaraan banyak peranti perubatan yang rosak dan tidak berfungsi walaupun penting dalam mendiagnosis penyakit dan merawat pesakit.

“Justeru, kami menggesa masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memberi tekanan kepada Israel dan memaksanya mematuhi kewajipannya, dan membenarkan kemasukan bekalan perubatan ke Semenanjung Gaza, terutamanya peranti radiologi,” katanya.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, lebih daripada dua juta orang di Semenanjung Gaza bergantung kepada kemudahan kerajaan untuk penjagaan kesihatan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button