Berita Utama

8 terbunuh dalam pertempuran di wilayah tengah Myanmar

Periuk api buatan sendiri, bom tangan, senjata turut dirampas

YANGON, 11 Zulkaedah 1442H, Selasa – Lapan lelaki bersenjata ditahan manakala lapan yang lain terbunuh di wilayah Mandalay Myanmar pada Selasa pagi, lapor Xinhua, memetik kenyataan Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negeri.

Periuk api buatan sendiri, bom tangan dan senjata kecil turut dirampas, kata kenyataan itu.

Satu pertembungan tercetus selepas pasukan keselamatan bertindak menyerbu sebuah rumah di bandar Chanmyathazi pagi ini.

Menurut kenyataan berkenaan, empat lelaki terbunuh dan beberapa anggota keselamatan cedera parah dalam pertempuran itu.

Sementara itu, beberapa lelaki bersenjata yang menaiki sebuah kereta menyerang anggota keselamatan dan melarikan diri.

Berikutan itu empat lelaki ditemukan maut selepas kenderaan dinaiki melanggar transformer elektrik. Maklumat lanjut akan dikeluarkan kemudian. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button