Dosa, pahala tidak semudah indikator kes COVID-19
Imbalannya sangat tinggi iaitu syurga yang penuh kenikmatan
NAIK turun kes COVID-19 antaranya merupakan indikator pematuhan SOP kita semua. Patuh SOP kes turun, langgar SOP kes naik.
Jadi ia boleh menjadi penanda aras untuk dimuhasabah secara bersama. Kes naik, kita pun patuh betul-betul SOP. Kes turun, kadang-kadang kita alpa dan leka.
Namun ketakwaan kita tiada indikator jelas yang membolehkan kita mengukurnya.
Kadang-kadang buat dosa, tiada apa-apa perkara negatif yang berlaku. Lantas kita terus bergelumang dalam dosa.
Kadang-kadang buat kebaikan, hidup menjadi semakin sempit. Lantas kita jadi putus asa.
Begitulah ujian dunia. Ia tidak semudah indikator kes Covid-19.
Kerana imbalannya juga sangat tinggi, bukan sekadar kesembuhan tapi syurga yang penuh kenikmatan!
Ir Ts Lukman Al Hakim
Setiausaha Agung BERJASA