Berita UtamaDunia

Menteri Israel ugut Hamas serahkan kembali tentera ditawan

Ancam Gaza tak akan pulih dari segi ekonomi, kestabilan keselamatan

TEL AVIV, 11 Zulkaedah 1442H, Selasa – Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengancam bahawa Semenanjung Gaza yang dikepung, kawasan kecil yang menjadi tempat tinggal lebih dua juta penduduk Palestin, tidak akan dipulihkan dari segi ekonomi dan kestabilan keselamatan selagi penduduk Israel yang ditawan tidak dikembalikan, lapor AP.

Gantz merujuk kepada tentera negara haram yang ditawan oleh pihak pejuang Palestin dalam serangan pada tahun 2014 terhadap Gaza.  

Kerajaan pengganas Israel percaya bahawa tentera itu sudah mati dan mahu jenazah mereka dikembalikan. 

Walaupun demikian, pihak pejuang Palestin tidak mendedahkan perincian mengenai keadaan tahanan, tetapi telah mengisyaratkan beberapa kali bahawa mereka mungkin masih hidup.

Pada hari Isnin, Ketua Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di Gaza, Yahya Sinwar mengatakan, bahawa pertemuan dengan wakil proses damai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tor Wennesland tidak menunjukkan bahawa ada niat untuk menyelesaikan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.  

Israel, kata Sinwar, memeras ugut Hamas untuk menyerahkan tawanan sebagai pertukaran untuk pengepungan tersebut.  

Dia menegaskan bahawa desakan itu tidak akan berjaya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button