Berita Utama
Polis siasat video tular lelaki didakwa beri bayi minum alkohol
Difahamkan kejadian berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang

BALIK PULAU, 11 Zulkaedah 1442H, Selasa – Polis Pulau Pinang sedang menyiasat video tular yang menunjukkan seorang lelaki memberi seorang bayi minuman beralkohol.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu.
Video berdurasi 30 saat yang menjadi viral pada, hari ini menunjukkan bahawa lelaki itu sedang menggendong bayi sambil memberi minuman bertin dengan label minuman beralkohol.
Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang di sini.
Tidak jelas apakah ia sebenarnya alkohol yang diberikan oleh lelaki itu, yang dilihat tersenyum ketika si kecil menarik tangannya sambil memegang tin itu.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.