Dunia

Presiden Filipina ancam penjara individu tolak vaksin COVID-19

Duterte geram rakyat tidah sahut saranan kerajaan tangani pandemik

MANILA, 11 Zulkaedah 1442H, Selasa – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran akan mengenakan tindakan penjara ke atas mana-mana rakyatnya yang menolak menerima suntikan vaksin COVID-19, ketika negara itu sedang berusaha memerangi pandemik yang menjangkiti 1.3 juta orang dengan lebih 23,000 kematian. 

“Anda pilih, sama ada mahu divaksin atau saya akan memenjarakan anda,” kata Duterte dalam ucapan di televisyen pada Isnin, susulan laporan penerima vaksinasi masih rendah di beberapa kawasan di Manila. 

Ucapan Duterte itu bagaimanapun bertentangan dengan pegawai kesihatan yang mengatakan bahawa penerimaan suntikan vaksin adalah sukarela meskipun orang ramai didesak untuk mengambilnya. 

“Jangan salah sangka, ini adalah krisis negara. Saya hanya geram dengan rakyat Filipina yang tidak menyahut saranan kerajaan,” kata Duterte. 

Sehingga 20 Jun, pihak berkuasa Filipina telah memberikan vaksinasi sepenuhnya kepada 2.1 juta orang, yang dianggap masih perlahan berbanding sasaran kerajaan untuk mengimunisasi 70 juta individu tahun ini. 

Duterte sebelum ini dikritik ekoran pendekatan kerasnya dalam menangani wabak, termasuk keputusan untuk tidak membenarkan sekolah dibuka semula. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button