Tarbiyah

Sujud menghapuskan dosa

Sifat Ubudiyyah tidak sesekali rendahkan kedudukan manusia

SUNGGUH luar biasa amalan sujud ini. Biarpun meletakkan kepala di lantai, Allah mengangkat kedudukan seseorang, malah menghapuskan dosanya apabila dia tunduk dan patuh kepada Allah. Ini kerana sujud pada hakikatnya mengagungkan Allah serta menundukkan jiwa muslim sepenuhnya kepadaNya.

2. Sabda Rasulullah ﷺ:
عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لله؛ فَإِنَّكَ لا تَسْجُدُ لله سَجْدَةً إِلَّا رَفَعَكَ الله بِهَا دَرَجَةً، وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً
“Perbanyakkan sujud, kerana sesungguhnya kamu tidak sujud melainkan Allah mengangkat darjat kamu dengannya serta menghapuskan dosa.” (HR Muslim)

3. Rasulullah ﷺ bukan sahaja sujud saat mendirikan solat, bahkan segala kegembiraan dalam hidupnya akan dikaitkan melalui hubungan dengan Allah. Saidina Abu Bakrah menceritakan:
أنه – صَلَى اللَّهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمْ كان إذا أتاه أمر يَسرُّه أو يُسَرُّ به، خر ساجداً، شكراً لله تبارك وتعالى
“Sesungguhnya Nabi ﷺ sekiranya sampai kepada Baginda sesuatu yang menyenangkan dan menggembirakan Baginda, maka Baginda lantas sujud, bersyukur kepada Allah.”

4. Begitu juga andai dilanda kesusahan, Baginda akan segara mengadu kepada Allah. Begitulah hidup Baginda sering diikat dengan ketundukan dan kepatuhan kepada Allah.

5. Sifat Ubudiyyah ini (mengabdikan diri kepada Allah), tidak sesekali merendahkan kedudukan manusia, malah mengangkat kedudukannya serta menghapuskan dosa hamba disisi Tuhannya.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Artikel ini telah disiarkan terlebih dahulu di Facebook penulis.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button