Dataran Sahafa dilancar kenang media terjejas akibat serangan Zionis
170 wartawan Palestin cedera dan 33 organisasi media dibom

SEMENANJUNG GAZA, 12 Zulkaedah 1442H, Rabu – Forum Media Palestin melancarkan Dataran Sahafa atau Dataran Kewartawanan di hadapan Menara Al-Jawhara yang musnah, yang menempatkan syarikat media dekat Gaza.
Pelancaran dataran yang dilakukan hari ini bagi memperingati karya-karya wartawan yang terjejas akibat serangan rejim pengganas Israel.
Inisiatif itu dilancarkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Gaza.
Menara Al-Jawhar terletak di Jalan Al-Jalaa yang mempunyai sembilan tingkat telah musnah dalam serangan rejim pengganas Israel pada 12 Mei lalu.
Ketua Forum Media, Dr. Khader Al-Jamali, berkata, dataran itu menjadi saksi kepada karya-karya wartawan.
“…pena mereka tidak pernah kering, kamera tidak lembut serta suara mereka yang tidak didiamkan, “ katanya
Terdahulu, Sindiket Wartawan Palestin (PJS) melaporkan kira-kira 170 wartawan Palestin cedera dan 33 organisasi media dibom dalam serangan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza
Ketua PJS, Nasser Abu Bakar berkata, pejabat 33 organisasi media musnah akibat serangan Israel di Gaza pada bulan lalu.
Malah, katanya, seramai 70 wartawan juga cedera ketika serangan rejim di wilayah Palestin.
“Sekitar 100 wartawan lain cedera dalam serangan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur,” katanya sambil menambah kecederaan itu akibat dipukul serta terkena gas pemedih mata. -Agensi