Berita Utama

PPV KPJ mampu beri vaksin kepada 6,000 orang sehari pada akhir Jun

Sejak Mac lepas lebih 60,000 individu divaksin di PPV KPJ

KUALA LUMPUR, 12 Zulkaedah 1442H, Rabu – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) KPJ akan mampu memberi vaksin kepada lebih 6,000 orang sehari apabila keseluruhan 21 PPV KPJ dibangunkan menjelang akhir bulan ini.

KPJ menerusi kenyataan berkata jumlah itu adalah kira-kira empat peratus daripada 150,000 vaksinasi harian yang disasarkan di seluruh negara.

“Di peringkat Kumpulan, KPJ mempunyai 16 pusat PPV yang sedang beroperasi memberikan vaksin kepada kira-kira 4,000 orang sehari, menjadikan KPJ penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar yang menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya sejak Mac lepas lebih 60,000 individu divaksin di PPV KPJ.

Kenyataan itu berkata sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar negara, KPJ mempunyai keupayaan untuk memberi vaksin kepada lebih 10,000 orang sehari jika diperlukan.

Oleh itu, sebagai inisiatif masa hadapan ia sedang meneroka peluang untuk menyediakan suntikan vaksin secara persendirian selain daripada program kerajaan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button