Berita Utama

Yayasan Ikhlas salur bantuan kepada Orang Asli di Pos Kemar

Lawatan bersama ahli-ahli mubaligh dan sukarelawan

BANGI, 28 Ramadan 1444H, Khamis – Yayasan Ikhlas cawangan Ipoh mengadakan kunjungan ke perkampungan Orang Asli terbesar di Perak, Pos Kemar sebagai sebahagian daripada jelajah Dapur Desa Ikhlas.

Perjalanan ke perkampungan tersebut dianggap mencabar dan mengambil masa yang lama untuk tiba di destinasi dengan menaiki bot awam.

“Perjalanan kali ini menaiki bot via jeti Trojan, Gerik, Perak yang mengambil masa kira-kira 45 minit sehingga 1 jam perjalanan untuk sampai ke jeti Pos Kemar melalui Tasek Temenggor,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Terdapat pelbagai aktiviti dijalankan bersama Orang Asli seperti majlis berbuka puasa dan sumbangan pek Kasih Ramadan.

Jelajah ini disertai oleh ahli-ahli Mubaligh Islam Pejabat Agama Islam Daerah dan aktivis-aktivis sukarelawan yang tak lekang dengan misi bersama Orang Asli.

Pos Kemar memiliki sebuah sekolah rendah, sebuah surau serta mempunyai lebih kurang 14 buah kampung Orang Asli yang diduduki oleh kira-kira 4000 orang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button