Pendapat

Gerakkan agensi, benarkan NGO

Kebajikan rakyat daripada apa jua latar belakang harus didahulukan

SABAN hari disiar dan dikongsikan berita bunuh diri, penderaan rumah tangga dan pelbagai kisah yang berlaku di kalangan masyarakat.

Kebanyakan kisah yang berlaku dikaitkan dengan PKP, kehilangan pekerjaan mahupun kehilangan pendapatan.

Saya berpandangan agar kebajikan rakyat daripada apa jua latar belakang harus didahulukan.

Sepanjang bulan Jan-Mac 2021, bersama Yayasan Ikhlas kami telah mengedarkan sumbangan pek makanan dan sedikit RM kepada lebih 7,000 keluarga asnaf di Sabah yang bernilai hampir RM 1.4 juta.

Manakala di sepanjang Ramadan, Yayasan Ikhlas bersama NGO ISMA telah mengedarkan sumbangan bantuan pek makanan kepada 7,782 keluarga dengan kos lebih RM800k kepada masyarakat awam di seluruh negara.

Banyak lagi NGO lain dan orang ramai yang telah berusaha untuk berbuat apa yang mampu.

Namun jumlah ini adalah sangat kerdil jika dibandingkan dengan lebih 770,000 orang yang kehilangan pekerjaan dan sejumlah yang lain telah hilang pendapatan.

Saya ingin mencadangkan agar agensi-agensi kerajaan digerakkan, badan korporat, JK masjid dan NGO-NGO kebajikan dan kemanusiaan dibenarkan memberikan khidmat baktinya dengan perlaksanaan SOP yang ketat.

Biarpun usaha sebegini tidak selesaikan segalanya, namun sekurang-kurangnya kita berusaha untuk meringankan bebanan mereka.

Kita dan tentunya ramai lagi di luar sana yang sedih dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

Saya tidak punyai kabel yang kuat dengan pembesar politik negara. Namun diharapkan agar saranan ini sampai kepada Kabinet dan mereka yang telah diamanahkan.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button