Berita Utama

Jumlah individu lengkap dua dos vaksin cecah 1.8 juta

Selangor kekal negeri penerima kedua-dua dos tertinggi

KUALA LUMPUR, 13 Zulkaedah 1442H, Khamis – Sebanyak 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Menerusi hantaran di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 4,749,133 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393), menurut hantaran itu.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Dr Adham berkata sebanyak 252,773 dos diberikan semalam berbanding 250,529 dos hari sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah itu, 174,448 adalah penerima dos pertama manakala 78,325 lagi dos kedua. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button