Berita UtamaDunia

Krisis di Lubnan makin teruk

Pihak berkuasa tidak lagi mampu kawal keganasan

BEIRUT, 13 Zulkaedah 1442H, Khamis – Kes keganasan di Lubnan semakin meruncing susulan krisis ekonomi negara yang teruk ketika ini, lapor Arab News.

Ini termasuk rusuhan dan tembakan di stesen minyak.

Orang ramai yang beratur selama berjam-jam di stesen minyak mengakibatkan rusuhan dan tembakan.

Malah, terdapat kes bunuh dari kalangan penduduk yang putus asa akibat terputus punca pendapatan.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Mathew, 25, menggantung diri di kediamannya di kawasan Keserwan, sementara seorang peniaga cuba membunuh diri di premisnya kerana hutang yang tidak dapat ditanggung.

Selain itu, seorang penduduk di pinggir bandar Beirut selatan berkata, pihak berkuasa tidak lagi mampu menangani kekacauan dan keganasan di negara itu.

Wakil kesatuan pengedar bahan bakar dan stesen minyak di Lubnan, Fadi Abu Shakra berkata, pemilik lebih dari 140 stesen minyak tidak lagi dapat menanggung pemerasan dan kekerasan selain tidak dapat melindungi diri sendiri.

Bank Dunia melaporkan, Lubnan mengalami krisis ekonomi yang berkemungkinan menjadi salah satu daripada tiga terburuk di dunia dalam tempoh 150 tahun.

Barang keperluan juga semakin berkurangan termasuk bahan bakar dan ubat-ubatan, manakala roti menjadi semakin mahal setelah Syndicate of Bakery Owner menaikkan harganya akibat subsidi kerajaan terhadap gula dan ragi berakhir. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button