Berita UtamaDunia

COVID-19: Itali paling terkesan di Eropah

64,036 kematian di Itali mengatasi Britain

ROM, 27 Rabiulakhir 1442H, Ahad – Itali muncul negara paling terkesan dilanda COVID-19 apabila merekodkan jangkitan tertinggi di Eropah dengan 64,036 kematian mengatasi Britain.

Jumlah itu diikuti Perancis (57,567 kematian) dan Sepanyol (47,624 kematian)

Menurut Kementerian Kesihatan Itali, 649 orang dijangkiti pandemik berkenaan dalam tempoh 24 jam, manakala sebanyak 19,903 kes baharu dikesan.

Itali sebelum ini menjadi negara pertama di Eropah yang terkesan dalam gelombang pertama penularan wabak itu hingga terpaksa melaksanakan perintah berkurung bagi mengawal kematian serta jangkitan.

Sementara itu, UK sebelum ini mengatasi Itali pada 6 Mei lalu apabila merekodkan 30,000 kematian manakala, selepas musim panas, negara di selatan Eropah itu mengharungi ancaman COVID-19 tanpa kes kematian.

Meskipun ujian secara besar-besaran diperkenalkan, kes jangkitan mula meningkat pada awal musim luruh seperti di kebanyakan negara, di mana kes kematian mulai meningkat.

Selain itu, persatuan perubatan kebangsaan Itali pada Jumaat turut melporkan seramai 251 doktor meninggal dunia akibat dijangkiti COVID-19.

Di seluruh dunia, Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat pandemik itu dengan 295,539 kematian setakat semalam, diikuti Brazil, India dan Mexico. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button