Berita UtamaDunia

Rakyat Palestin protes kematian aktivis Nizar Banat dalam tahanan polis PA

Pengkritik Mahmoud Abbas meninggal dunia selepas rumah diserbu

TEBING BARAT, 13 Zulkaedah 1442H, Khamis – Ribuan peserta berdemonstrasi di seberang Tebing Barat yang diduduki susulan kematian pengkritik terkemuka Pihak Berkuasa Palestin (PA), Nizar Banat ketika berada dalam tahanan.

Di Ramallah – pusat pentadbiran PA – ratusan peserta melaungkan: “Dalam jiwa dan darah, kami mempertahankan Nizar anda.”

Banyak slogan lain ditujukan secara langsung ke PA dan Presiden Mahmoud Abbas, dengan laungan termasuk: “Rakyat mahukan kejatuhan rejim” serta “Pergi, pergi Abbas.”

Menurut laporan Middle East Eye, pasukan PA memukul peserta demonstrasi dengan belantan dan melepaskan gas pemedih mata serta bom tangan di Ramallah.

Banat ditangkap oleh sekurang-kurangnya 25 pegawai, yang menyerbu kediamannya di bandar Dura di wilayah Tebing Barat selatan Hebron, pada jam 3.30 pagi waktu tempatan dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Beliau dikenali dengan kritikannya terhadap kepemimpinan PA dan telah beberapa kali ditahan oleh pasukan keselamatan Palestin pada masa lalu.

Pertubuhan hak asasi manusia serta pergerakan Palestin menggesa penyiasatan bebas terhadap keadaan persekitaran kematian Banat – yang mana menurut anggota kumpulan Peguam Palestin untuk Keadilan, Muhannad Karajah sebagai ‘pembunuhan’. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button