Dunia

Pemimpin EU bincang bantuan kewangan untuk pelarian Syria

Cadangan beri peruntukkan bantuan berjumlah 5.7 bilion euro

AMMAN, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis membincangkan cadangan dikemukakan Suruhanjaya Eropah untuk memperuntukkan bantuan berjumlah 5.7 bilion euro (US$6.8 bilion) kepada pelarian Syria di Turki, Lubnan dan Jordan, sehingga 2024.

Perbincangan itu diadakan dalam satu sidang kemuncak di Brussels.

Peruntukan itu termasuk 3.5 bilion euro (US$4.17 bilion) untuk pelarian di Turki, yang menjadi tuan rumah kepada sekitar empat juta pelarian Syria, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Menurut Euronews Eropah, sidang kemuncak dua hari itu turut akan membincangkan beberapa agenda penting yang lain, terutama hubungan Rusia dan Turki, migrasi dan pelarian, epidemiologi dan rancangan pemulihan ekonomi EU. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button