Berita UtamaDunia

558,270 orang daftar tunai haji tahun ini

Fasa ke-2 pendaftaran, pilih pakej bermula hari ini: Kementerian

RIYADH, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan, tempoh pendaftaran melalui portal dalam talian untuk menunaikan haji tahun ini sudah tamat, sambil memaklumkan bahawa 558,270 orang telah memohon untuk menunaikan ibadah berkenaan.

Kementerian berkata, fasa kedua pendaftaran dan pemilihan pakej akan bermula pada hari ini (25 Jun).

Daripada 558,270 yang memohon untuk melaksanakan ibadah haji tahun ini, 59 peratus adalah pemohon lelaki, dan 41 peratus adalah wanita.

Tiga peratus pemohon berumur di bawah 20 tahun, sementara 26 peratus adalah dari kelompok umur 21-30 tahun, dan 38 peratus dari kelompok umur 31-40, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah.

Kementerian itu menambah, bahawa 20 peratus pemohon tergolong dalam kelompok umur 41-50, dan 11 peratus dari kelompok umur 51-60, sementara hanya dua peratus dari mereka yang memohon berusia lebih dari 60 tahun.

Awal bulan ini, Arab Saudi mengumumkan akan mengehadkan ibadah haji tahun ini kepada 60,000 penduduk dan warganegara yang tinggal di negara itu ekoran wabak COVID-19 yang sedang menular. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button