Berita UtamaDunia

Dua dos vaksin senjata lawan varian Delta

Mesti patuhi tempoh masa suntikan dos pertama, kedua

ANKARA, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Dua dos vaksin adalah senjata paling berkesan bagi melawan varian Delta, kata Dr. Kemalettin Aydin.

Pakar penyakit berjangkit Turki itu berkata, dos tunggal vaksin yang diberi pihaknya memberi perlindungan kepada pesakit sebanyak 80 hingga 86 peratus.

Beliau yang juga pakar mikrobiologi klinikal bagaimanapun berkata, dos tunggal bagi melawan varian Delta memberi perlindungan hanya pada kadar 30 peratus.

“Kita akan dilindungi daripada varian Delta sebanyak 95 peratus hanya apabila mendapat dos pertama dan dos kedua dalam tempoh empat minggu kemudian,” tambahnya.

Justeru, Dr. Kemalettin berkata, orang ramai disaran memperoleh dua dos vaksin dan mematuhi peraturan tempoh masa antara dos pertama dan kedua bagi melawan varian Delta.

Lebih daripada 45.87 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk sejak Turki melancarkan kempen vaksinasi pada pertengahan Januari lalu.

Selain itu, lebih daripada 31.12 juta orang telah menerima dos pertama, manakala lebih daripada 14.74 juta lagi telah mendapat suntikan vaksin sepenuhnya, menurut Kementerian Kesihatan.

Pada masa sama, Turki turut menurunkan usia kelayakan suntikan vaksin COVID-19 kepada 18 tahun pada Rabu lalu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button