Dunia

Gencatan senjata antara Hamas-Israel rapuh: PBB

Semua pihak perlu kawal diri dari tindakan unilateral untuk kurangkan ketegangan

WASHINGTON, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan gencatan senjata di antara Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan pengganas Israel di Gaza pada Mei, masih dilihat sangat rapuh. 

Amaran itu dinyatakan Penyelaras Kanan PBB untuk Proses Damai Timur Tengah, Tor Wennesland ketika taklimatnya kepada Majlis Keselamatan berhubung keadaan di Timur Tengah. 

Katanya, PBB bekerjasama dengan semua pihak dan rakan kongsi termasuk Mesir, untuk mengukuhkan gencatan senjata, membenarkan kemasukan segera bantuan kemanusiaan serta menstabilkan keadaan di Gaza. 

“Saya mendesak semua pihak untuk menahan diri daripada tindakan unilateral dan provokasi, sebagai langkah untuk mengurangkan ketegangan dan membolehkan usaha-usaha ini berjaya. 

“Setiap orang mesti melakukan tugas mereka untuk memudahkan perbincangan yang sedang berlangsung bagi menstabilkan keadaan di lapangan dan mengelakkan satu lagi pertempuran dasyat di Gaza,” kata Wennesland. 

Gencatan senjata yang dikuasai Mesir dikuatkuasakan pada 21 Mei lalu, yang sekali gus mengakhiri pertempuran 11 hari di antara Hamas dan negara haram Israel di Gaza. 

Serangan udara Israel bagaimanapun telah membunuh hampir 300 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, selain menyebabkan kemusnahan teruk pada infrastruktur di wilayah itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button