Berita UtamaDunia

China kecam negara luar buat ujian COVID-19 terhadap rakyatnya

Dakwa ujian saringan tindakan berlebihan, tidak ada asas saintifik

BEIJING, 11 Jamadilakhir 1444H, Rabu – China mengecam negara yang melaksanakan syarat ujian COVID-19 ke atas warganegaranya yang melakukan perjalanan ke luar negara.

Atas sebab itu, Beijing dilaporkan memberi amaran akan bertindak balas terhadap langkah sedemikian yang didakwa tidak rasional.

Kini beberapa negara termasuk Amerika Syarikat (AS), United kingdom (UK), India, Jepun dan beberapa negara Eropah telah mengumumkan langkah lebih tegas terhadap pelancong dari China.

Ini susulan kebimbangan kemungkinan varian baharu mungkin muncul.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata, pihaknya percaya sekatan kemasukan yang dilakukan oleh beberapa negara tidak mampunyai asas saintifik dan amalan berlebihan berkenaan tidak boleh diterima.

Malah memberi amaran bahawa China berhak untuk mengambil tindak balas berdasarkan prinsip timbal balik dengan apa yang dilakukan.

Beberapa negara telah mengenakan syarat baharu dengan melaksanakan ujian saringan ke atas pelancong dari China berikutan tiada data yang jelas mengenai data jangkitan.

Di Shanghai, sekumpulan doktor mengakui kira-kira 70 peratus daripada 26 juta penduduk di bandar itu telah dijangkiti dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini.

Di Hospital Tongren di pusat bandar Shanghai, ribuan pesakit menerima rawatan perubatan kecemasan di luar pintu wad kecemasan berikutan situasi sistem kesihatan negara semakin kritikal.

Malah di bahagian koridor hospital dipenuhi ratusan warga emas yang diletakkan di atas katil dan disambungkan bekalan air.

Seorang doktor kanan di hospital Ruijin di Shanghai,Chen Erzhen menganggarkan kira-kira 70 peratus daripada 25 juta penduduk Shanghai telah dijangkiti virus itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button