Berita Utama

Kes rasuah: SPRM buru dua warga asing

Kedua-dua suspek berasal dari Belanda, Myanmar

BANGI, 14 Zulkaedah 144H, Jumaat – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes rasuah berasingan.

SPRM berkata, individu pertama , Peter Jan Eimers, 61, yang juga lelaki warga Belanda  memegang passport bernombor BA0223039 dan mempunyai alamat terakhir di  No. 14, Preston Road, Singapore 117612.

Katanya, individu terbabit dikesan kali terakhir ketika memasuki Malaysia pada 3 Mei 2007.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa  Mohamad Zabir Sharif di talian 013-2168343 atau 03-762 5446 atau emel kepada [email protected],” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu, SPRM berkata, individu kedua yang sedang dikesan adalah Jaber Hamid Husson, 28, yang juga seorang lelaki warga Myanmar yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) bernombor 354-00287837.

Katanya, individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di No.50, Lorong 7, Taman Jujur, Sikamat, 70400, Seremban, Negeri Sembilan.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Mohamad Shamin Aizat Azmi di talian  017-9541048 atau 06-7625446 atau emel kepada [email protected],” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button