Berita Utama

Lebih 6.8 juta individu telah divaksin setakat 24 Jun

Fasa ke-2 vaksinasi mula April hingga Ogos babit 9.4 juta warga emas

BANGI, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat – Lebih 6.8 juta individu di negara ini sudah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 setakat, semalam.

Daripada jumlah itu, 4,924,334 individu atau 15.1 peratus telah mendapatkan suntikan dos pertama, dan 1,898,770 lagi (5.8 peratus) lengkap dengan kedua-dua dos.

Berdasarkan laporan harian pemberian dos vaksin dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sebanyak 268,604 dos diberikan pada 24 Jun.

Menurut laporan, sebanyak 175,201 dos pertama telah diberikan, dan 93,403 individu sudah melengkapkan dos kedua mereka.

Mengikut perancangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu membabitkan 500,000 kakitangan barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

Manakala, fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022 membabitkan individu 18 tahun ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta atau lebih.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button