Berita UtamaDunia

Tentera kanak-kanak terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai di Burkina Faso

Kerajaan isytihar tiga hari tempoh berkabung di Burkino Faso

MOSCOW, 14 Zulkaedah 1442H, Jumaat– Pembunuhan beramai-ramai di Burkina Faso baru-baru ini yang meragut lebih 100 nyawa dilakukan oleh tentera kanak-kanak berusia 12 hingga 14 tahun, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Khamis, memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut Sputnik, pada 5 Jun, sekumpulan penyerang bersenjata menyerbu kampung Solhan di timur laut negara itu, membunuh hingga 170 orang.

Susulan kejadian pembunuhan beramai-ramai itu, yang disifatkan peristiwa berdarah terburuk, kerajaan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari di Burkina Faso.

Menurut pihak berkuasa tempatan, penyerang kebanyakannya kanak-kanak dan remaja. Penggunaan tentera kanak-kanak sesuatu yang amat mengejutkan.

“Kami mengutuk keras penggunaan kanak-kanak dan remaja oleh kumpulan bersenjata bukan kerajaan. Ini adalah pelanggaran serius hak asasi mereka,” kata Wakil UNICEF di Burkina Faso Sandra Lattouf, dalam satu kenyataan.

Susulan pembunuhan beramai-ramai itu, UNICEF telah menghantar bantuan kemanusiaan kepada kira-kira 13,000 pelarian di kawasan itu.

Menurut agensi itu, terdapat lebih 1.2 juta pelarian di negara ini, 61 peratus daripadanya adalah kanak-kanak. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button