Berita Utama

Keputusan STPM 2020 diumum 1 Julai

Boleh semak dalam talian mulai jam 12 tengah hari

BANGI, 15 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan diumumkan pada 1 Julai ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing pada Khamis mulai jam 12 tengah hari.

Katanya, calon boleh menyemak keputusan penuh secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK atau perkhidmatan SMS dengan menaip STPM <jarak> Angka Giliran dan hantar ke 68886 mulai jam 11 pagi hingga 19 Julai pada 12 tengah hari.

“Keputusan calon akan dihantar oleh MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai 2021 mulai jam 11 pagi (bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM).

“Dan bagi calon sekolah kerajaan/ bantuan kerajaan/ swasta/ persendirian individu yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/ Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan akan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button