Berita Utama

Rakyat sudah tak percaya ahli politik bendung COVID-19

Ada pemimpin lebih fikir kepentingan peribadi berbanding nasib rakyat

BANGI, 15 Zulkaedah 1442H, Sabtu – Pemimpin politik terutama barisan kepimpinan negara sepatutnya bertindak berdasarkan kepentingan rakyat.

Namun sebaliknya berlaku apabila ada segelintir ahli politik sekarang lebih memikirkan kepentingan dan manfaat peribadi, kata Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)x Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Memberi contoh isu COVID-19, beliau berkata, rakyat sudah tidak mempercayai kemampuan ahli politik membendung penularan wabak.

“Pengisytiharan darurat, kebenaran beroperasi yang tidak standard dalam beberapa sektor, isu pemberian vaksin dan sebagainya semuanya dibuat seolah-olah tanpa kajian yang mendalam.

“Sekarang sudah mula muncul inisiatif daripada rakyat untuk meringankan beban rakyat. Tetapi ia sudah semestinya amat terbatas dari segi kemampuan dan kesannya,” katanya kepada Ismaweb.net hari ini.

Beliau berkata demikian susulan setuju dengan kenyataan Setiausaha Agung BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim Mohamad bahawa pertembungan kuasa politik dalam negara ketika ini bukan untuk membela rakyat tetapi lebih kepada usaha untuk menjaga periuk nasi pemimpin.

Seperti UMNO dakwanya, ada kemungkinan akan terus memperkudakan DAP demi menakut-nakutkan orang Melayu dalam usaha untuk mempertahankan kekuasaan mereka.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button