Berita Utama

Realiti! ‘Total lockdown’ sekadar jaga perut taikun kilang?

MITI agensi paling hebat, boleh tentukan mana sektor 'essential'

BANGI, 16 Zulkaedah 1442H, Ahad – Penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau lebih dikenali sebagai ‘total lockdown’ tidak ubah seolah-olah menjaga ‘perut’ taikun kilang.

Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Hamdan Asadullah secara sinis mendakwa, situasi semasa membuktikan realiti politik Malaysia – yang mana kuasa diberi rakyat, namun yang dijaga ‘sebahagian’ rakyat ghaib yang berkuasa.

“Beratus beribu kecaman terhadap punca segala kluster yang berleluasa, daripada pelbagai pihak,” dakwanya dalam satu kenyataan.

Bahkan beliau turut mengecam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang membenarkan kategori kononnya ‘essential’ untuk beroperasi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Kementerian paling hebat dalam kerajaan sekarang adalah MITI. Dia mengatasi Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan apa saja.

“Surat MITI paling berkuasa untuk menentukan anda ‘essential’ atau tidak, contoh LV, arak, pun boleh jadi ‘essential’ dan alat tulis ‘non essential’. Inilah hebat kuasa mereka,” sinisnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button