Berita UtamaDunia

Hospital di AS disaman selepas pecat doktor kecam kekejaman Israel

Kumpulan advokasi Islam wakil Dr Wishah selepas diberhentikan secara salah

ARIZONA, 16 Zulkaedah 1442H, Ahad – Sebuah kumpulan advokasi Islam di Arizona, Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) memfailkan, saman terhadap Hospital Kanak-kanak Phoenix kerana memecat seorang doktor berikutan catatan Facebooknya yang mengecam pencerobohan Israel baru-baru ini di Semenanjung Gaza.

Dr Fidaa Wishah yang dilahirkan dan dibesarkan di Gaza mengatakan, dalam catatan di Facebooknya bahawa Zionis ‘dahaga untuk membunuh anak-anak Palestin kita’.

Dia menyiarkan tulisan itu di laman sosial Facebook pada hari Isnin di mana mengatakan bahawa rakyat Palestin akan ‘mendedahkan pembunuhan besar-besaran dan genosid yang anda (Zionis) banggakan’.

“Sebuah negara yang berdasarkan kekejaman, tidak berperikemanusiaan, rasisme dan kanibalisme tidak akan bertahan lama.

“Hei #israel… pengakhiran anda akan datang lebih cepat daripada yang anda fikirkan,” katanya.

Hospital Kanak-kanak Phoenix mengatakan pada hari Rabu bahawa hospital itu telah memecat Dr Wishah, lapor The Republic.  

Dia adalah ahli radiologi pediatrik di Hospital Kanak-kanak Phoenix di Arizona.

Hospital itu mengatakan di Twitter bahawa kanak-kanak yang dirawat ‘mendapat harapan, penyembuhan dan penjagaan kesihatan yang terbaik, tanpa mengira bangsa, warna kulit, kecacatan, agama, jantina, identiti jantina, orientasi seksual atau asal negara.’

“Setelah meneliti fakta-fakta yang berkaitan dengan perkara ini, individu ini tidak lagi memberi rawatan di Phoenix Children,” kata pihak hospital.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif CAIR di Arizona, dalam satu kenyataan pada hari Khamis menyatakan, bahawa pihaknya bersama dengan beberapa firma undang-undang swasta, akan mewakili Dr Wishah yang diberhentikan secara salah oleh hospital.

“Catatannya di laman Facebook peribadinya, yang mengkritik pemerintah Israel, dengan sengaja diambil di luar konteks untuk menggambarkan Dr Wishah sebagai antisemition dan bukan apa yang telah dikenalnya sepanjang kariernya, seorang aktivis hak sivil,” kata Abuseif.

Abuseif berkata, Dr Wishah menjadi doktor perubatan sejak 2010 dan telah menghabiskan sebahagian besar kariernya sebagai doktor pediatrik.

Abuseif menyifatkan keputusan hospital itu sebagai memalukan dan merupakan satu serangan terhadap kebebasan bersuara untuk semua orang Amerika. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button