Berita Utama

Vaksinasi segera golongan pendidik bantu buka sekolah lebih cepat

i-Guru turut kemuka 5 isu utama pendidikan perlu ditangani ketika PdPR

BANGI, 16 Zulkaedah 1442H, Ahad – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) hari ini mengetengahkan lima isu utama pendidikan yang perlu ditangani kerajaan ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Antara isu yang perlu diberi perhatian adalah keciciran generasi akibat PdPR terutama murid-murid luar bandar dan pendalaman serta golongan rentan dan B40 selain pendidikan untuk murid- murid orang kurang upaya (OKU).

Dalam satu kenyataan, Presiden i-Guru, Ustaz Mohd Azizee Hasan meminta, kerajaan mengemukakan langkah strategik untuk memastikan masalah pembelajaran murid OKU tidak diabaikan dan dikesampingkan.

“Akses pembelajaran dari sudut capaian internet dan kemudahan belajar. Kerajaan perlu segera menaik taraf sekolah-sekolah daif. TV Pendidikan perlu menjadi alternatif bagi mengatasi isu PdPR.

“Kelestarian jiwa dan kesihatan mental guru dan murid-murid bagi menangani penyakit kemurungan, ‘depress’ dan ‘anxiety’. Penekanan kepada pendidikan yang bersifat seimbang dan keinsanan,” katanya.

Selain itu, Ustaz Azizee turut mengetengahkan isu berkaitan suntikan vaksin kepada warga pendidik yang wajar dipandang serius oleh kerajaan.

“Mengutamakan suntikan vaksin kepada para guru yang merupakan ‘frontliner’ utama dalam pendidikan.

“Ini membantu pembukaan sekolah untuk pembelajaran bersemuka dan mengelak murid-murid tercicir pendidikan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button