Dunia

7 maut termasuk kanak-kanak dalam letupan bangunan di Dhaka

Bomba bentuk jawatankuasa siasatan kenal pasti punca letupan

DHAKA, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Sekurang-kurangnya tujuh termasuk seorang kanak-kanak maut dan hampir 50 yang lain cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah bangunan tiga tingkat di ibu negara Bangladesh, di sini pada malam Ahad. 

Ketua Pengarah Bomba dan Pertahanan Awam Bangladesh, Sazzad Hussain berkata, pihaknya membentuk jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti punca letupan berlaku. 

Memetik laporan awal polis, jumlah korban disahkan dan memaklumkan mangsa cedera kini dipindahkan ke hospital awam utama negara itu. 

Sementara itu, saksi kejadian mendakwa mendengar bunyi letupan kuat sekitar jam 7.30 petang waktu tempatan. 

“Dalam hidup saya tak pernah dengan bunyi menggerunkan dan melihat tingkap bangunan di sekitarnya pecah,” kata Shamsul Alam salah seorang saksi kejadian.

13 unit perkhidmatan bomba dikerah dalam operasi menyelamat bersama dengan anggota agensi penguatkuasaan undang-undang lain. 

Kejadian letupan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar selama berjam-jam yang turut menjejaskan sebahagian besar wilayah Dhaka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button