Berita Utama

Hampir 7.4 juta dos vaksin COVID-19 diberi setakat semalam

2,087,056 individu telah lengkap terima suntikan dos kedua

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Sebanyak 7,395,905 dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,308,849 penerima vaksin dos pertama dan 2,087,056 individu lagi menerima suntikan dos kedua. 

“Sebanyak 168,956 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, daripada jumlah ini sebanyak 103,856 merupakan dos pertama manakala 65,100 adalah suntikan dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini. 

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 270,221 diikuti Sarawak (227,292), Johor (222,614), Perak (194,724) dan Kuala Lumpur (170,688). – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button