Berita Utama

Langgar SOP: Mustapa mohon maaf, serah pada polis

Singgah ke kafe untuk lihat keadaan peniaga susulan PKP

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed memohon maaf atas pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara dan menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Kenyataan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) menyebut berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadiran Mustapa di Alfath Cafe di Jeli, beliau telah dihubungi Ketua Polis Daerah Jeli DSP Ahmad Arifin yang memaklumkan bahawa kertas siasatan telah dibuka mengenai perkara itu.

“Datuk Seri Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di Alfath Cafe, Kampung Kalai, Jeli pada 5.30 petang Sabtu 26 Jun,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Mustapa singgah di kafe berkenaan untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan Kawalan Pergerakan di dalam Pelan Pemulihan Negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button