Berita UtamaDunia

Palestin sahkan dua jangkitan pertama varian Delta

Dua gadis kembali dari UAE disahkan positif varian baharu

BAITULMAQDIS, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Pihak berkuasa kesihatan Palestin mengesahkan dua jangkitan pertama COVID-19 dari varian Delta, lapor Agensi Anadolu.

Menteri Kesihatan, Mai al-Kaila mengatakan dalam satu kenyataan bahawa dua gadis di bandar Tebing Barat, Qalqilya dan Salfit yang baru-baru ini kembali dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah disahkan positif varian baharu.

Beliau memaklumkan, individu yang menjadi kontak rapat dengan dua gadis itu telah dikuarantin.

Al-Kaila memberi amaran bahawa varian Delta ‘adalah varian paling menular di antara semua jenis coronavirus yang lain’.

Pihak berkuasa kesihatan Palestin setakat ini mencatatkan 342,562 kes COVID-19, termasuk 3,825 kematian di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Menurut Kementerian Kesihatan, sejumlah 482,695 orang telah diberi vaksin terhadap COVID-19. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button