Berita Utama

PM umum Pakej PEMULIH petang ini

KUALA LUMPUR, 17 Zulkaedah 1442H, Isnin – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 5 petang ini.

Berdasarkan poster dikongsi di akaun Facebooknya, pengumuman ini akan disiarkan di Bernama TV, RTM, TV3, Astro Awani dan TV Alhijrah.

Semalam, Muhyiddin pada satu sidang media berkata, pakej bantuan ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak COVID-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button