Kolumnis

Putar belit isu lulusan perubatan Bumiputera, ultra kiasu tak pernah faham

Mereka cukup sensitif dengan perkataan 'Bumiputera' bagai cacing kepanasan

PERSATUAN perubatan dan parti ultra kiasu sekali lagi memainkan sentimen perkauman apabila sengaja memutar belitkan kenyataan Presiden Persatuan-Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) mengenai (baharu cadangan) penempatan Bumiputera lulusan perubatan dalam perkhidmatan awam (Kesihatan), sehingga Kementerian Kesihatan (KKM) terpaksa tampil menjawab untuk menjernihkan kekeruhan dan kekeliruan yang timbul.

PPPKAM melalui Presidennya dipetik dalam laporan Utusan Malaysia minggu lalu sebagai mengatakan bahawa kajian semula perlu dilakukan bagi membolehkan lebih ramai lulusan perubatan ‘khususnya kalangan Bumiputera’ supaya mendapat penempatan tetap dalam perkhidmatan awam, dan juga mengurangkan pengangguran.

Cadangan ini menarik perhatian ramai apabila Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan, mengatakan bahawa kerajaan ambil maklum cadangan tersebut. Katanya lagi, kerajaan masih mengambil lulusan perubatan, tetapi tidak mengatakan bahawa ia dilakukan berdasarkan kaum.

Perkataan ‘Bumiputera’, begitu sensitif kepada ultra kiasu, bagai cacing kepanasan. Terus melompat. Walhal perkara ini bukan baharu. Keistimewaan Melayu dan Bumiputera, sememangnya termaktub dalam Perlembagaan dan tidak boleh dinafikan.

Tidakkah kita sedar bahawa dengan adanya perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, inilah yang menjamin keamanan dan kestabilan negara ini? Bayangkan selepas merdeka, tidak ada peruntukan ini dalam Perlembagaan, sudah tentu kita berantakan, seperti mana yang pernah kita disaksikan dalam peristiwa 13 Mei 1969. Akibatnya, Bumiputera dipinggirkan, itulah jadinya.

Kita berasa cukup pelik, kenapa ultra kiasu tidak pernah cuba untuk memahami dan terlalu sensitif dengan perkataan Bumiputera. Tidak cukup dengan itu, sentiasa membangkitkan isu-isu sensitif ini.

Begitu juga dalam kes lulusan perubatan ini, PPPKAM hanya mengingatkan supaya Bumiputera tidak dipinggirkan. Maklumlah, pembesar-pembesar kita, bila terlalu diasak, kadangkala lupa diri. Nak jaga hati kononnya, takut undi lari.

Akibatnya, semalam, melalui Ketua Setiausaha (KSU), KKM tampil untuk menjawab dengan menjelaskan bahawa cadangan agar kerajaan mempertimbangkan lantikan pegawai perubatan mengikut garis perkauman bukan merupakan pendirian kementerian itu.

Sebenarnya, KKM tidak perlu pun menjawab, sebab selama ini kita tidak pernah mengamalkan dasar perkauman.

Kena bezanya antara dasar perkauman dengan hak istimewa (kuota), mengikut peruntukan 153 Perlembagaan Persekutuan.

Bila disebut dasar perkauman, seolah-olah kerajaan ini selama ini berlaku tidak adil dan bertindak berasaskan garisan kaum, sedangkan ianya sebegitu sifatnya. Jika tidak, masakan kita boleh hidup aman damai. Bukan bumi dapat melebarkan empayar kekayaan seluruh negara, dalam sebuah negara Islam.

Nikmat keamanan yang kita kecapi selama ini adalah disebabkan oleh ramainya Bumiputera menjadi pasukan keselamatan dalam perkhidmatan awam, sanggup bercekang mata dan berkorban bagi memastikan kita dapat hidup dengan aman tenteram.

Begitu juga dalam menangani wabak COVID-19 dan vaksinisasi, tidak ada pilih kasih. Semua warganegara dilayan dengan adil tanpa mengira kaum. Ramai bukan Bumiputera yang mendapat vaksin. Saya pun masih belum dapat. Saudara mara saya ramai dah dapat.

Namun, jika berlaku memang benar Bumiputera lebih ramai, apabila dibuat carian nanti, contohnya, lebih ramai Bumiputera mendapat vaksin, daripada bukan bumi. Ini bukan suatu perkara yang menghairankan. Itu bukan perkauman, kerana logiknya, populasi Bumiputera lebih ramai daripada bukan bumi. Jadi, sudah tentu bilangan bumi akan lebih kelihatan lebih ramai dalam beberapa keadaan.

Begitu juga dalam perkara-perkara lain. Jika dahulu, sebelum dan selepas merdeka hingga era 70an dan awal 80an, memang tidak dinafikan, perkhidmatan profesional, termasuk perkhidmatan perubatan ramai bukan Melayu. Tetapi tidak kini. Walaupun DEB tidak mencapai matlamat sepenuhnya, kejayaannya memang tidak dinafikan.

Bilangan profesional Bumiputera sudah mengatasi bukan bumi. Jika ramai Bumiputera dalam Perkhidmatan Awam, itu perkara biasa. Lagi pun, bukan bumi, terutama orang Cina, lebih cenderung terlibat dalam perniagaan.

Dalam kata lain, kerajaan daripada dahulu hingga kini, teramat jarang mengamalkan dasar perkauman yang sengaja ditimbulkan ultra kiasu ini.

Jika tidak, mana mungkin ada beberapa KSU dalam kalangan bukan Melayu dalam beberapa kementerian, termasuk KKM itu sendiri. Sebelum ini, KSU KKM adalah orang Cina. Sekarang ini pun penggantinya, saudara Mohd Syafiq Abdullah @ Vijay, adalah berketurunan India, senior saya Sains Politik di UKM dahulu. Mana perkaumannya jika ketua pentadbir tertinggi di KKM adalah bukan Melayu.

Jadi, tak usahlah ultra kiasu memainkan sentimen perkauman dengan memanipulasikan kenyataan Presiden PPPKAM dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia mengatakan kajian semula dilakukan bagi membolehkan lebih ramai lulusan perubatan “khususnya kalangan Bumiputera” mendapat penempatan tetap dalam perkhidmatan awam, sekali gus mengurangkan pengangguran.

Kenyataan PPPKAM ini pun tidak salah dan tidak perkauman. Apabila ada pernyataan ‘Bumiputera’, ini adalah ayat bersifat penekanan supaya kita berhati-hati dalam tindak tanduk. Kerana ia bertepatan dengan perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, mengenai hak-hak istimewa Melayu dan Bumiputera.

Saya tidak nampak kerajaan hari ini, terlalu menekankan soal kuota dalam apa jua perkara. Pengambilan lebih kepada merit daripada kuota. Jika tidak, mana mungkin begitu ramai pelajar bukan bumi diambil dalam jurusan perubatan di Universiti Awam. Berbanding dengan jurusan perubatan di UTAR (Cina) dan Universiti AIMST Malaysia (India). Ini belum termasuk Universiti Swasta yang lain. Universiti Awam begitu terbuka, manakala Universiti Swasta ‘tidak mampu’ dimasuki oleh Bumiputera.

Lagipun, rasionalnya, mengikut statistik penduduk, setiap kali peperiksaan, terutama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), paling ramai mendudukinya adalah pelajar-pelajar Bumiputera. Sudah tentu kemasukan peajar bumiputera lebih ramai daripada pelajar bukan bumi. Begitulah juga cerminan lulusan perubatan nanti.

Sudah tentu dalam perkhidmatan perubatan, tidak menghairankan Bumiputera akan jadi lebih ramai dalam kalangan lulusan perubatan.

Pastinya, ini akan menjadi lulusan Bumiputera lebih ramai akan masuk ke dalam Perkhidmatan Awam. Jadi, apa isunya? Ini suatu keadilan, bukan dasar perkauman. Meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Ingatan saya kepada ultra kiasu, jauhilah sifat babi seperti yang dikatakan oleh Imam ibnul Qayim Al- Jauziyah.

Dalam kalangan manusia ada sebahagiannya bertabiat seperti babi. Dia melewati rezeki yang baik, tetapi tidak mahu mendekatinya. Lantaran, jika ada orang yang selesai membuang kekotoran , didatangi kekotoran, lalu di makan kekotoran itu sehingga habis.

Demikianlah kebanyakan orang. Mereka mendengar dan melihat kebaikanmu yang banyak daripada melihat kejelekan mu. Tetapi dia tidak menghafalnya, tidak menyukainya dan meminatinya.

Tetapi apabila melihat ketergelinciran atau kesalahanmu , maka dia dapat apa yang dicarikanya itu lalu dijadikanya sebagai satu berita hangat, dan disebar ke sana ke sini (mengumpat).

Inilah sifat babi yang perlu dijauhi. Tidak mengapalah jika ada yang suka makan babi sekalipun, tetapi sifat babi wajar dijauhi. Jika tidak, tidak ada bezanya antara kita dengan babi. Jangan ditambah sifat ultra kiasu dengan sifat babi.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button