Berita UtamaDunia

1 maut, 14 cedera diserang ketika solat di masjid

Penyerang gunakan beberapa senjata termasuk parang

MAIDUGURI, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 14 lagi cedera dalam serangan ke atas umat Islam yang menunaikan solat di bandar Osogbo, di barat daya Nigeria pada Ahad.

Jurucakap Gabungan Aktivis Hak-hak Muslim Nigeria (CONRAN), Abdulganiy Ezra berkata, umat Islam diserang di dalam masjid menggunakan beberapa senjata termasuk parang.

“Beberapa penyamar menyerbu masjid dan melakukan kekacauan terhadap umat Islam,” katanya.

Pada masa sama, katanya, penyerang juga bertindak merosakkan kenderaan yang diparkir di dalam masjid.

Sementara itu, jurucakap polis, Yemisi Opalola mengesahkan perkara itu dan sedang membuka kertas siasatan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button