Berita UtamaDunia

Abu Dhabi hanya benar individu divaksin masuk pusat beli-belah, restoran

93 peratus kumpulan sasaran di UAE telah divaksinasi

ABU DHABI, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi hanya membenarkan individu menerima vaksin COVID-19 untuk memasuki kawasan awam, termasuk pusat membeli-belah, restoran dan gimnasium. 

Keputusan itu diputuskan Jawatankuasa Darurat, Krisis dan Bencana Abu Dhabi dan berkuat kuasa 20 Ogos. 

Jawatankuasa itu memberitahu, pihaknya mengambil keputusan demikian setelah 93 peratus kumpulan sasaran di UAE telah divaksinasi.

“Keputusan itu merangkumi pusat membeli-belah, restoran, kafe, gimnasium, kemudahan rekreasi, aktiviti sukan dan semua kedai runcit lain yang tidak terdapat di pusat membeli-belah kecuali yang menjual barang keperluan seperti pasar raya dan farmasi,” kata Jawatankuasa Darurat, Krisis dan Bencana Abu Dhabi dalam pengumumannya.

Fasa pertama keputusan ini juga meliputi pusat peranginan, muzium, pusat kebudayaan dan taman tema, serta universiti, institut, sekolah awam dan swasta, dan taman asuhan kanak-kanak di UAE.

“Jawatankuasa itu menyatakan bahawa keputusan itu tidak terpakai untuk individu yang tidak divaksinasi. 

“… dengan pengecualian vaksinasi yang diterima melalui proses yang dipersetujui dan didaftarkan di aplikasi Alhosn, juga untuk remaja dan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah,” kata jawatankuasa itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button