Berita Utama

Kaunter kerajaan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai

Hanya babit perkhidmatan tidak boleh dilaksana secara dalam talian: KSN

BANGI, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Pembukaan kaunter perkhidmatan kerajaan di seluruh negara akan beroperasi secara fizikal mulai 1 Julai ini, menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Bagaimanapun, perkhidmatan kaunter secara fizikal itu tertakluk dengan beberapa tatacara pengoperasian, katanya.

Beliau berkata, pengoperasian itu membabitkan perkhidmatan yang tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan kapasiti petugas kaunter tidak melebihi 50 peratus dan kehadiran secara fizikal hanya melalui temu janji berjadual.

“Ketua Jabatan hendaklah memastikan semua SOP COVID-19 yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan dipatuhi setiap masa dalam mengimbangi penyampaian perkhidmatan yang optimum kepada pelanggan dan pencegahan penularan wabak COVID-19 di tempat bertugas,” katanya.

Mohd Zuki berkata, ketika ini tiada pengoperasian perkhidmatan kaunter kerajaan secara fizikal dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara, kecuali untuk kesihatan, balai polis, dan pintu masuk antarabangsa membabitkan kastam, imigresen serta kuarantin sejak 1 Jun lalu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button