Berita UtamaDunia

Kebakaran besar berhampiran stesen kereta api di London

Polis tolak kejadian berkaitan serangan pengganas

LONDON, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Kira-kira 100 anggota bomba berjaya mengawal kebakaran besar berhampiran stesen kereta api Elephant and Castle di tengah London.

Briged Bomba London berkata, 15 jentera bomba dan kru mereka bertungkus lumus memadamkan api di gerbang kereta api berhampiran stesen, yang terletak di sebelah selatan Sungai Thames dan berhampiran beberapa mercu tanda utama London, termasuk London Eye.

Dikatakan, seorang lelaki dirawat di tempat kejadian oleh kru ambulans dan bomba menggesa orang ramai untuk menghindari kawasan itu serta menutup semua pintu dan tingkap.

Pasukan bomba berkata, tiga unit industri di bawah gerbang landasan kereta api terbakar sepenuhnya.

Selain itu, empat buah kereta dan sebuah pondok telefon berhampiran stesen itu juga turut terbakar.

Polis tempatan menolak ia adalah berkaitan serangan pengganas.

Tidak ada maklumat lanjut yang tersedia dengan segera berhubung insiden itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button