Berita Utama

Khazanah lantik Pengarah Urusan baharu

Bekas CFO Maybank gantikan Shahril Ridza

KUALA LUMPUR, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Khazanah Nasional Bhd telah melantik Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusannya, berkuat kuasa 16 Julai, 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah berkata, Amirul bakal menggantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontrak beliau tamat kelak bagi menumpukan perhatian kepada usaha peribadi.

“Lembaga Pengarah Khazanah mengalu-alukan pelantikan Amirul dan yakin berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau, Khazanah akan terus maju dalam usaha menyampaikan mandat yang diberikan.

“Lembaga Pengarah turut menyampaikan penghargaan kepada Shahril atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai pengarah urusan, terutamanya kejayaan beliau mengetuai pelaksanaan strategi yang telah menyaksikan Khazanah berada dalam kedudukan kukuh serta mampu mengharungi persekitaran yang serba mencabar akibat penularan pandemic Covid-19,” katanya.

Ia menambah Amirul adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd dan sebelum itu menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button