Berita UtamaDunia

Negara haram Israel buka kedutaan di UAE

Lapid lakukan ciapan di Twitter papar gambar bersama menteri UAE

ABU DHABI, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Diplomat tertinggi negara haram Israel, Yair Lapid merasmikan kedutaan di negara teluk ketika melakukan kunjungan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Dalam satu ciapan di laman Twitter, Lapid berkata, pembukaan kedutaan di Abu Dhabi itu dirasmikan bersama Menteri Belia dan Kebudayaan UAE, Noura Al-Kaabi.

Ciapan sama turut memaparkan gambar mereka berdua memotong pita campuran warna biru dan putih, sebagai simbol bendera negara penjajah Israel.

Menteri-menteri Yahudi sebelum ini telah mengunjungi UAE, namun Lapid yang baru dilantik berumur paling tua melakukan kunjungan itu selain kali pertama menyempurnakan misi rasmi.

Dalam lawatan sama, Lapid turut merasmikan pembukaan kedutaan di Dubai.

Sejak negara haram Israel dan UAE menjalinkan hubungan normalisasi pada Ogos lalu, beberapa perjanjian kerjasama telah ditandatangani termasuk sektor pelancongan, penerbangan dan perkhidmatan kewangan.

Beberapa negara Arab lain turut mengikut jejak langkah UAE menjalinkan hubungan normalisasi dengan Israel termasuk Bahrain, Maghribi dan Sudan, sekali gus mendapat kecaman daripada rakyat Palestin. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button