Berita UtamaDunia

UK dakwa gencatan senjata di Mariupol sekadar cubaan elak kutukan antarabangsa

Serangan masih berlanjutan, usaha pemindahan orang awam terganggu

LVIV, 3 Syaaban 1443H, Ahad – Kementerian Pertahanan Britain mendakwa gencatan senjata di bandar Mariupol adalah cubaan untuk mengelak daripada kutukan antarabangsa, sambil memberikan peluang kepada pasukan tentera Russia ‘reset’ sebelum meneruskan serangan yang berterusan.

“Dengan menuduh Ukraine melanggar perjanjian, Russia berkemungkinan akan mengalihkan tanggungjawab terhadap orang awam di bandar berkenaan,” kata kementerian berkenaan.

Memetik laporan agensi berita RIA, serangan tersebut berlaku selepas Russia mendakwa membuka koridor kemanusiaan berhampiran Mariupol dan Vonovakha.

Bagaimanapun, Ukraine berkata, Russia melanggar pelaksanaan gencatan senjata yang telah dipersetujui.

Timbalan Ketua Pejabat Presiden Zelensky, Kyrylo Tymoshenko berkata, usaha pemindahan orang awam terhalang berikutan Mariupol masih berdepan serangan dan pengeboman daripada Russia.

“Russia kini tidak mematuhi gencatan senjata dan terus membedil Mariupol dan kawasan di sekitarnya,” katanya.

Bagaimanapun, rundingan masih diteruskan dengan Persekutuan Russia berhubung gencatan senjata dan memastikan Koridor Kemanusian berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Russia enggan mengulas berhubung gencatan senjata sebaliknya menuduh semula pihak berkuasa Ukraine yang menghalang rakyat daripada meninggalkan negera tersebut.

Sehingga kini proses pemindahan orang awam terganggu berikutan Russia kembali mengganas terus menyerang bandar berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button