Berita Utama

Parlimen tak terbubar meski jarak antara dua persidangan langkau enam bulan

Jarak masa enam bulan tidak beri kesan: Pakar Perlembagaan

BANGI, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Parlimen tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa enam bulan tiba hari ini iaitu 29 Jun 2021 sekiranya dikira dari tarikh 29 Disember 2020.

Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, perkara itu setelah meneliti Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa) Perlu 2021.

“Jarak masa enam bulan antara persidangan akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertama dalam penggal berikutnya adalah peruntukan di bawah Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu berkaitan dengan ‘memanggil’ Parlimen untuk bersidang.

“Pada Seksyen 14(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) adalah dinyatakan: “Peruntukan yang berhubungan dengan memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai kesan; dan…”.

“Oleh kerana Seksyen 14(1)(a) telah menyatakan, antara lain, ‘memanggil’ Parlimen tidak mempunyai kesan, maka jarak masa enam bulan juga tidak memberi kesan,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Justeru, pada pandangan beliau, Parlimen tidak terbubar secara automatik walaupun jarak masa antara dua persidangan telah melangkau enam bulan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button