Berita Utama

Hina Rasulullah: Mat Sabu didesak tarik balik kenyataan

Kenyataan Presiden Amanah menghina status Rasulullah SAW

BANGI, 7 Zulhijjah 1441H, Selasa – Gerakan Islam Utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendesak, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menarik balik kenyataan yang menyamakan Nabi Muhammad ﷺ dengan pelarian.

Naib Presidennya, Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, kenyataan bekas Menteri Pertahanan itu umpama menghina status Rasulullah ﷺ.

“…yang menerima undangan untuk berhijrah bersama tawaran wewenang kuasa politik dan disebabkan oleh strategi dakwah Baginda ﷺ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, susulan sentimen antiwarga asing termasuk terhadap pelarian, Mohamad mengingatkan, bahawa tokoh-tokoh penting dalam Islam juga pernah menjadi pelarian.

Ini katanya, termasuk Nabi Muhammad ﷺ, yang harus melarikan diri dari Makkah ke Madinah setelah hidup baginda terancam.

“Sebab itulah dalam kita mengecam hal pelarian ini kita kena jaga kategori-kategori pelarian itu. Jangan dianggap kita ini lupa sejarah,  jangan kita lupa bahawa Islam itu, ditegakkan oleh para pelarian khasnya Nabi Muhammad ﷺ, yang menjadi pelarian atau berhijrah daripada Makkah ke Madinah,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button