Berita Utama

PEMULIH: Ahli Parlimen perlu dedah ke mana dana RM300,000 disalur

Rakyat kena 'ketuk' Ahli Parlimen baru mereka buat kerja

BANGI, 18 Zulkaedah 1442H, Selasa – Setiap Ahli Parlimen yang menerima peruntukan RM300,000 daripada kerajaan perlu secara terperinci menjelaskan penggunaan dana tersebut kepada rakyat.

Semalam, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen termasuk pembangkang sebagai tambahan kepada program Bantuan Bakul Makanan sedia ada di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan itu bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing.

“Dalam soal menyampaikan bantuan kepada rakyat, saya mengambil sikap untuk mengetepikan perbezaan politik. Baik Ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang, semuanya mestilah memikul tanggungjawab bersama untuk membantu rakyat di kala ramai yang sedang menanggung kesusahan.

“Gunalah peruntukan ini sebaik mungkin untuk membantu rakyat yang memerlukan di kawasan parlimen masing-masing,” katanya.

Susulan pengumuman itu, Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Hazwan Mohamad mendesak Ahli Parlimen mendedahkan secara terperinci penggunaan bantuan itu.

“Setiap Ahli Parlimen akan diberi RM300,000 untuk tujuan bantuan bakul makanan.

“Tugas kita untuk desak Ahli Parlimen dedah setiap butiran bantuan yang diberi kos dan berapa penerima sudah dapat bantuan.

“Masa sekarang ini, rakyat yang kena ketuk Ahli Parlimen baru mereka buat kerja,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button